Wednesday 10 August 2011

Peperiksaan Percubaan PMR & SPM

Salam untuk semua,

Selamat berpuasa dan selamat beribadat untuk semua kaum muslimin dan muslimat.
Peringatan untuk calon peperiksaan selepas menduduki peperiksaan percubaan :-

Setelah menduduki peperiksaan percubaan, seharusnya calon-calon SPM dan PMR sudah :-

a) Mampu menjawab semua soalan (tidak ada soalan yang tidak berjawab sama ada kerana tidak cukup masa atau tidak tahu !

b) Mampu mentafsir kekuatan dan kelemahan diri.

c) Semakin jelas target dalam mata pelajaran dan bukannya semakin kabur (sudah terbayang gred di ruang mata dan minda)

d) Tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini.

e) Semakin tinggi keyakinan diri tetapi sentiasa bermuhasabah bahawa masih banyak yang perlu dilakukan.


Cikgu yakin kelima-lima perkara tersebut ada dalam kotak fikir murid-murid sekalian. Selamat Berpuasa.
Buat rakan guru, saat dan ketika untuk kita menajamkan kecekapan anak didik masih terbuka. Berkongsilah pada setiap masa dengan setiap rakan, mudah-mudahan ilmu kita semakin bertambah dan diberkatiNya

Monday 1 August 2011

kasihnya ibu

Sajak...
   Sungai itu umpama ibu,
   yang gambarkan kasih sayang
   mengalir deras tak berhenti mengalir 
   tidak pernah leka mencurah jasa
   juga  tidak pernah mengeluh
  tidak pernah leka akan tugasnya
  melunaskan tugas ibu mithali   (Fiqah, Diah, Syikin, Nuraimah, Rozianah)
   

   Sungai itu umpama ibu
yang menunjukkan kepenatan
dan mengalir seiring kehidupan ibu
menjadi sumber pengairan
sungai yang seperti ibu sanggup menanggung kesusahan
tenang tetapi deras alirnya
bak ibu yang sentiasa  tenang
hadapi cabaran dan pancaroba hidup (ingelina,reffiani,ribkha,refliah,ally, alice)

Sungai itu umpama ibu
mengalir deras tanpa henti
seperti pengorbanan ibu yang tidak ternilai
sentiasa mencurah kasih sayang
tidak pernah mengeluh mendidikku
terlalu besar pengorbananmu bagiku
jasamu tetap ku kenang
walau dirumu jauh di mata
namun dekat di hati
terima kasih ibu
    sa Rang Hae Oma... (Quzriani, Yearne, winalda,aznil) 

Tahniah anak didik cikgu  (sajak dihasilkan melalui aktiivit  Rantai sajak - secara berkumpulan, setiap ahli hasilkan sebaris sajak untuk menmbentuk sebuah sajak).