Sajak...
Sungai itu umpama ibu,
yang gambarkan kasih sayang
mengalir deras tak berhenti mengalir
tidak pernah leka mencurah jasa
juga tidak pernah mengeluh
tidak pernah leka akan tugasnya
melunaskan tugas ibu mithali (Fiqah, Diah, Syikin, Nuraimah, Rozianah)
Sungai itu umpama ibu
yang menunjukkan kepenatan
dan mengalir seiring kehidupan ibu
menjadi sumber pengairan
sungai yang seperti ibu sanggup menanggung kesusahan
tenang tetapi deras alirnya
bak ibu yang sentiasa tenang
hadapi cabaran dan pancaroba hidup (ingelina,reffiani,ribkha,refliah,ally, alice)
Sungai itu umpama ibu
mengalir deras tanpa henti
seperti pengorbanan ibu yang tidak ternilai
sentiasa mencurah kasih sayang
tidak pernah mengeluh mendidikku
terlalu besar pengorbananmu bagiku
jasamu tetap ku kenang
walau dirumu jauh di mata
namun dekat di hati
terima kasih ibu
sa Rang Hae Oma... (Quzriani, Yearne, winalda,aznil)
Tahniah anak didik cikgu (sajak dihasilkan melalui aktiivit Rantai sajak - secara berkumpulan, setiap ahli hasilkan sebaris sajak untuk menmbentuk sebuah sajak).
Showing posts with label karya pelajar. Show all posts
Showing posts with label karya pelajar. Show all posts
Monday, 1 August 2011
Thursday, 28 July 2011
SAJAK MURID CERPEN IBU DAN CEPER
Salam. Hari ini cikgu mengajar kelas tingaktan 5. Mereka seronok menjalankan aktiviti rantai cerita dan mencipta sajak berkumpulan. Terharu sebab mereka berbakat tetapi perlu bimbingan. Berikut antara sajak yang dicipta..
Ting 5 AB (Kump. 4)
Sungai itu umpama ibu,
tidak pernah kenal erti penat lelah
sentiasa tabah menghadapi cabaran
kepahitan dan perjuangan ibu sumber inspirasi
kejamkah aku melukai hati ibu ?
walhal aku tahu ibu segalanya bagiku
tanpa ibuku tidak mampu ku lihat matahari
kini, aku akhirnya mengerti erti
pengorbanan seorang ibu.
(Norsita, Vana, Norshakinah, Hernee, Shairil, Ajidul)
* Sajak yang lain, nanti cikgu paparkan... terima kasih.. jangan marah.
Ting 5 AB (Kump. 4)
Sungai itu umpama ibu,
tidak pernah kenal erti penat lelah
sentiasa tabah menghadapi cabaran
kepahitan dan perjuangan ibu sumber inspirasi
kejamkah aku melukai hati ibu ?
walhal aku tahu ibu segalanya bagiku
tanpa ibuku tidak mampu ku lihat matahari
kini, aku akhirnya mengerti erti
pengorbanan seorang ibu.
(Norsita, Vana, Norshakinah, Hernee, Shairil, Ajidul)
* Sajak yang lain, nanti cikgu paparkan... terima kasih.. jangan marah.
Subscribe to:
Posts (Atom)