Wednesday 8 February 2012

kursus pendedahan teks komsas ting 3 daerah pitas

Diadakan pada 8 -9 Februari 2012.
Dihadiri oleh seramai 11 orang rakan guru dari 6 buah sekolah daerah Pitas.

Gurunya terpencil tapi terbilang....

Sesungguhnya setiap perjalanan itu suatu pengajaran, setiap pertemuan itu suatu hikmah.

Tuesday 20 September 2011

kongsi-kongsi

pastikan jangan terlepas :-


Soalan 3 :


a) Membina ayat menggunakan kosa kata klasik

  (contoh kata  : santap, gering, beradu dll)


b) Soalan 3 B
    - Susunan  ayat songsang - susunan biasa
    - Cakap Ajuk- Cakap Pindah


tajuk sajak dan cerita @temanya
Harga Remaja   = Kehidupan remaja
Di Perpustakaan = Perpustakaan gedung ilmu
Mengintai Ruang Insaf = Keinsafan dan  taubat
Mahsuri = Pembangunan Pulau Langkawi
Adat Sezaman = Peredaran zaman mengubah landskap kehidupan
Tiba waktunya = Martabat dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara
Dirgahayu Bahasaku = Perjuangan memartabatkan bahasa
Kecek- V = Sikap  manusia pelbagai kelompok
Bangkitlah = Kebangkitan semangat generasi muda utk capai kejayaan
Pasar perasaan = sikap masyarakat  suka berbual kosong
Di Bawah langit yang sama = Kemanusiaan sejagat- semua manusia sama
Arkitek Kota = Pembangunan Lestari dan mapan (hargai alam sekitar)

Wednesday 7 September 2011

isu -isu terhangat dijangka untuk karangan bm spm 2011


            ISU YANG DIJANGKAKAN AKAN DITANYAKAN DALAM SPM 2011
            (SKOP SOALAN  = PETIKAN RUMUSAN, KARANGAN RANGSANGAN & KARANGAN RESPON BEBAS)

            SOALAN 1 =DIMENSI DIRI 
            SOALAN 2 = DIMENSI KELUARGA / MASYARAKAT
            SOALAN 3 = DIMENSI NEGARA
            SOALAN 4 = DIMENSI GLOBAL
            SOALAN 5 = KOMSAS

            1. GEJALA BULI (  SOALAN 1,2,3)
            2. RANCANGAN REALITI (SOALAN 2,3)
            3. SEMANGAT KEJIRANAN (SOALAN 2,3)
            4. TABUNGAN KELUARGA (SOALAN 2,3)
            5. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (SOALAN 1,2,3,4)
            6. ISU PENGANGKUTAN AWAM (SOALAN 1,2,3)
            7. ISU PEKERJA ASING (SOALAN 2,3,4)
            8. ISU LUMBA HARAM (SOALAN 1,2,3)
      
          9. ISU PELANCONGAN (PELANCONGAN DOMESTIK / PELANCONGAN
                KESIHATAN) (SOALAN 3,4)
          10. PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR (SOALAN 3,4)
          11. MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ANTARABANGSA (SOALAN 4)
          12. ULASAN DRAMA KOMSAS (SOALAN 5)
          13. PERPADUAN / SATU MALAYSIA (SOALAN 3)
          14. JENAYAH SIBER / JENAYAH ANTARABANGSA (SOALAN 4)
          15. PEMERDAGANGAN ORANG (SOALAN 3,4)
          16. POLISI SEKOLAH SELAMAT (SOALAN 3)
          17. AMALAN MEMBACA (SOALAN 1,2)
          18. PERSEDIAAN KE ALAM KERJAYA (SOALAN 1)
          19. ISU BAHASA- DASAR MBMMBI  (SOALAN 3)
          20. MALAYSIA SEBAGAI HAB HALAL  (SOALAN 3)

perkongsian pintar

salam untuk semua. masih belum terlambat mengucapakan selamat hari raya maaf zahir dan batin dan salam merdeka.minggu depan cikgu akan ke smk banggi untuk berkongsi teknik menjawab soalan baahsa melayu spm. terima kaih atas kesudian pihak smk banggi menjemput. sesungguhnya perjalanan ke pulau itu nanti merupakan suatu perjalanan ilmu.

Wednesday 10 August 2011

Peperiksaan Percubaan PMR & SPM

Salam untuk semua,

Selamat berpuasa dan selamat beribadat untuk semua kaum muslimin dan muslimat.
Peringatan untuk calon peperiksaan selepas menduduki peperiksaan percubaan :-

Setelah menduduki peperiksaan percubaan, seharusnya calon-calon SPM dan PMR sudah :-

a) Mampu menjawab semua soalan (tidak ada soalan yang tidak berjawab sama ada kerana tidak cukup masa atau tidak tahu !

b) Mampu mentafsir kekuatan dan kelemahan diri.

c) Semakin jelas target dalam mata pelajaran dan bukannya semakin kabur (sudah terbayang gred di ruang mata dan minda)

d) Tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini.

e) Semakin tinggi keyakinan diri tetapi sentiasa bermuhasabah bahawa masih banyak yang perlu dilakukan.


Cikgu yakin kelima-lima perkara tersebut ada dalam kotak fikir murid-murid sekalian. Selamat Berpuasa.
Buat rakan guru, saat dan ketika untuk kita menajamkan kecekapan anak didik masih terbuka. Berkongsilah pada setiap masa dengan setiap rakan, mudah-mudahan ilmu kita semakin bertambah dan diberkatiNya

Monday 1 August 2011

kasihnya ibu

Sajak...
   Sungai itu umpama ibu,
   yang gambarkan kasih sayang
   mengalir deras tak berhenti mengalir 
   tidak pernah leka mencurah jasa
   juga  tidak pernah mengeluh
  tidak pernah leka akan tugasnya
  melunaskan tugas ibu mithali   (Fiqah, Diah, Syikin, Nuraimah, Rozianah)
   

   Sungai itu umpama ibu
yang menunjukkan kepenatan
dan mengalir seiring kehidupan ibu
menjadi sumber pengairan
sungai yang seperti ibu sanggup menanggung kesusahan
tenang tetapi deras alirnya
bak ibu yang sentiasa  tenang
hadapi cabaran dan pancaroba hidup (ingelina,reffiani,ribkha,refliah,ally, alice)

Sungai itu umpama ibu
mengalir deras tanpa henti
seperti pengorbanan ibu yang tidak ternilai
sentiasa mencurah kasih sayang
tidak pernah mengeluh mendidikku
terlalu besar pengorbananmu bagiku
jasamu tetap ku kenang
walau dirumu jauh di mata
namun dekat di hati
terima kasih ibu
    sa Rang Hae Oma... (Quzriani, Yearne, winalda,aznil) 

Tahniah anak didik cikgu  (sajak dihasilkan melalui aktiivit  Rantai sajak - secara berkumpulan, setiap ahli hasilkan sebaris sajak untuk menmbentuk sebuah sajak).

Thursday 28 July 2011

SAJAK MURID CERPEN IBU DAN CEPER

Salam. Hari ini cikgu mengajar kelas tingaktan 5. Mereka seronok menjalankan aktiviti rantai cerita dan mencipta sajak berkumpulan. Terharu sebab mereka berbakat tetapi perlu bimbingan. Berikut antara sajak yang dicipta..


 Ting 5 AB (Kump. 4)
Sungai itu umpama ibu,
tidak pernah kenal erti penat lelah
sentiasa tabah menghadapi cabaran
kepahitan dan perjuangan ibu sumber inspirasi
kejamkah aku melukai hati ibu ?
walhal aku tahu ibu segalanya bagiku
tanpa ibuku tidak mampu ku lihat matahari
kini, aku akhirnya mengerti erti
pengorbanan seorang ibu.
(Norsita, Vana, Norshakinah, Hernee, Shairil, Ajidul)
  * Sajak yang lain, nanti cikgu paparkan... terima kasih.. jangan marah.